PENGENALAN



Walaupun masih ada usaha pencarian mutiara dari laut dalam, namun kebanyakan mutiara yang berada di pasaran saat ini adalah hasil rekaan manusia. Rekaan ini ditemukan oleh orang Jepun, Mikimoto di awal abad yang lalu. Memandangkan mutiara begitu berpotensi sehingga Jepun terus menyimpan rahsia rekaan sehingga akhir tahun 80-an. Oleh itu, tidak hairan mengapa Jepun berupaya mengembangkan usahanya di Negara-negara kawasan Pasifik dan lautan Hindi seperti Indonesia, Malaysia dengan menggunakan teknik asalnya. Walaupun demikian, Negara-negara tersebut telah berkembang sebagai Negara yang berpotensi bagi hampir semua jenis kerang mutiara dan  telah menjadi negara penghasil mutiara utama dunia bersama Jepun, China dan Australia.

Bentuk rekaan ini dikenali dengan istilah “grafting” atau “seeding” atau juga “implantation”, iaitu dengan memasukkan isi (nucleus) bersama selembar organ mantel (irisan daging kerang mutiara lain yang dikenal dengan nama ‘saibo’) ke dalam kerang mutiara. Organ mantel ini diambil oleh pencari kerang mutiara yang lain dan berperanan sebagai penderma. Berdasarkan penyelidikan, pemilihan penderma yang baik akan menentukan kualiti mutiara yang dihasilkan terutama dari segi warna, bentuk dan kilau mutiara. Isi dan irisan mantel ini ditempatkan di dalam gonad kerang setelah sebelum dibuat irisan kecil pada dinding gonad.  Irisan daging mantel akan membentuk kantung mutiara (pearl sac) dan kemudian akan menghasilkan “nacre”.  Proses ini dikenali sebagai “biomineralisasi”, seperti proses pembentukan tulang pada manusia dan haiwan bertulang belakang. “Nacre” adalah bahagian permukaan yang berkilau dari mutiara atau juga dinding bahagian yang berkilau dalam kerang.  Pada bahagian dalam kerang, “nacre” diistilahkan sebagai “Mother of Pearl” (ibu dari mutiara) manakala “nacre” yang melekat di isi disebut mutiara. Kualiti “nacre” yang dihasilkan menjadi penentu kepada kualiti mutiara.

Prinsip proses penyisipan adalah berdasarkan bagaimana terbentuknya mutiara secara semula jadi dimana kerang akan membungkus “irritant” yang tidak dapat dipisahkan dengan “nacre”.  Prinsip kerja ini sama bila kerang mengalami kerosakan cengkerang, mereka akan segera menutup lubang dengan “nacre” sehingga mencegah badannya dari terjejas. Namun, belum ada bukti bahawa mutiara semula jadi terbentuk kerana terdapatnya butir pasir di dalam tubuh kerang.

 Proses pembuatan mutiara

Secara semula jadi

            Didasar laut, mutiara terbentuk akibat adanya gangguan yang masuk ke dalam mantel kerang mutiara. Fenomena adanya gangguan ini sering juga ditafsirkan daripada masuknya pasir atau benda padat ke dalam mantel kemudian benda ini akan membungkus “nacre” sehingga jadilah mutiara. Secara teorinya,
 Elisabeth Strack (buku Pearls  2006) mendeskripsikan terbentuknya mutiara lautan terbahagi kepada dua bahagian besar, terbentuk akibat gangguan dan dimasuki oleh zarah yang padat dalam mantel moluska. Amnya, mutiara terbentuk kerana adanya bahagian “epithelium” mantel yang masuk ke dalam rongga mantel tersebut.  Bahagian “epithelium” mantel ini berperanan mengeluarkan “nacre” pada bahagian dalam cengkerang kerang disamping membentuk keseluruhan cengkerang. Teori gangguan menunjukkan bahawa pada suatu saat bahagian hujung mantel kerang dimakan oleh ikan.  Hal ini berlaku disebabkan oleh kerang akan membuka cengkerang dan menjulurkan bahagian mantel untuk menyerap makanan. Apabila  mantel putus, bahagian “epithelium” pun masuk ke dalam rongga mantel. Teori ini juga menunjukkan bahawa mutiara boleh terbentuk akibat kemasukkan cacing yang biasanya menempati moluska pada masa perkembangannya kemudian berpindah ke organisme lain.  Cacing ini menyebabkan kerosakkan dan memasuki rongga mantel.  Cacing ini tanpa sengaja membawa bahagian “epithelium” yang ada di permukaan mantel.  Bila cacing mati dalam rongga mantel, cacing ini akan dibungkus oleh “epithelium”, membentuk kantung mutiara dan akhirnya terbentuklah mutiara.  Walaupun cacing dapat melepaskan diri, “epithelium” yang tinggal dalam rongga mantel yang akan membentuk mutiara setelah sebelumnya membentuk kantung mutiara.  Sementara itu, teori yang kedua adalah masuknya zarah padat ke dalam rongga mantel.  Zarah yang padat boleh terperangkap di dalam tubuh kerang akibat dorongan air.  Apabila kerang tidak dapat mengeluarkannya, zarah boleh masuk terus ke rongga mantel.  Apabila ini berlaku, “epithelium” juga ikut bersamanya. “Epithelium” ini akhirnya membungkus zarah padat sehingga terbentuklah kantung mutiara. Kantung mutiara ini akhirnya akan mendeposisikan “nacre” ke zarah padat tersebut.  Namun, setakat ini belum ada bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa teori masuknya pasir ke dalam mantel kerang mutiara walaupun teori ini telah diguna pakai sejak sekian lama. Dari beberapa mutiara lautan yang dibedah, menunjukkan bahwa bahagian isi mutiaranya bukanlah zarah yangl padat.


Mutiara hasil proses weakening & operasi

Kerang mutiara sudah mengalami satu proses yang dikenali sebagai “weakening” iaitu membuat kerang mutiara menjadi lemah sebelum proses terhadap mutiara asli dilakukan.  Proses dilakukan dari 2 minggu sehingga sebulan dan bergantung kepada jenis kerang mutiara.
Proses ini dilakukan agar kerang mutiara mengalami tekanan dan memasuki fasa penghasilan produk baru dengan cepat sehingga kelenjer kelaminnya kosong.  Apabila kelenjer kelaminnya penuh, maka kegiatan operasi akan menyulitkan dan menyebebkan mengalami kegagalan.  Proses ini boleh menutup kerang mutiara dengan sarung yang berpori sangat kecil sehingga zarah makanan tersaring atau kerang mutiara dikumpul bersama dan dibungkus dengan sarung berpori kecil.  Dalam keadaan ini, kerang mutiara boleh bertahan walaupun makanan dalam zarah yang lebih besar sudah tiada. 
Selepas proses ini, kerang mutiara akan diangkat ke darat(bila operasi dijalankan di darat) dan mengalami proses “weakening” lanjutan di dalam tangki.  Kerang mutiara akan dikumpulkan sehingga menjadi semakin lemah akibat pengambilan makanan dan oksigen yang rendah.  Apabila operasi dilakukan tanpa proses ini, kerang mutiara masih kuat untuk mengeluarkan nucleus yang dimasukkan ke dalam kelenjer kelaminnya.  Contoh seperti kerang jenis yang terbesar P.Maximam, ototnya sangat kuat apabila tidak melalui proses “weakening” sehingga cengkerangnya sukar untuk dibuka.  Semasa proses ini dilakukan, air akan dikeluarkan dari tangki sehingga memaksa kerang untuk membuka cengkerangnya.  Apabila kerang membuka cengkerang peg(pengganjal) diletakkan diantara kedua-dua cengkerang untuk memulakan operasi.  Apabila kerang tidak terkena air, kerang akan membuka cengkerang sementara  mantel ditarik ke dalam.  Langkah ini akan memudahkan kegiatan “pegging” kerana semasa ditutupkan oleh air, kerang akan membuka cengkerang namun bahagian tepinya menutupi mantel.  Ini menyebabkan proses pengganjalan yang dilakukan akan melukai kerang.

Mutiara hasil penanaman menggunakan prinsip terbentuknya mutiara lautan dengan sebuah nukleus sebagai dasar terbentuknya mutiara. Seorang teknisi terlatih akan menyiapkan inti mutiara yang biasanya bulat dan berasal dari cengkerang kerang lain dan potongan mantel atau disebut juga saibo yang diambil dari kerang mutiara lain.  Pemilihan penderma ini mempertimbangkan warna dan kualiti “nacre” “Mother of Pearl”-nya (yang terdapat pada bagian sisi dalam cangkang kerang). 

Awalnya teknisi akan membunuh kerang penderma dengan hati-hati supaya tak menyentuh mantelnya.  Bila mantelnya tersentuh, maka mantel akan menjadi sensetif akibat reaksi dari kerang.  Membunuh kerang penderma dilakukan dengan meletakkan pisau di antara dua cengkerang dan memotong otot aduktor dari kerang penderma.  Apabila kerang terbelah, kerang dibiarkan sehingga benar-benar mati dan  apabila bahagian mantelnya disentuh kerang tidak mewujudkan reaksi.  Selepas itu, bahagian mantel yang menempel pada kedua cengkerang dan mantel dipotong kecil-kecil (kira-kira 3 x 3 mm). Bahagian mantel yang siap untuk penyisipan disebut saibo, sehingga kerang penderma disebut juga kerang saibo.  Apabila operasi penyisipan, kerang penerima sudah dipegging (ditempatkan pasak antara kedua cengkerang).  Kerang penerima ini ditempatkan sedemikian rupa agar mudah dioperasi.  “Shell opener” bertugas untuk membuka cengkerang lebar-lebar, kemudian teknisi akan mengiris tipis bahagian antara kelenjer kelamin dan kaki dari kerang sebagai tempat masuknya inti dan saibo. 

Ukuran Inti dipilih sesuai dengan ukuran kelenjer kelamin.  Setelah itu, inti dimasukkan sedalam-dalamnya ke dalam kelenjer kelamin kemudian disusuli dengan satu lembar saibo.  Lembar saibo ini ditempatkan sedemikian rupa agar melekat di inti dengan bahagian “ectoderm” (yang berisi epithelium penghasil nacre) menghadap inti untuk mengelakkan kemungkinan terbentuk mutiara bulat yang sangat kecil.  Setelah itu, kerang akan ditempatkan ke keranjang atau panel dan akhirnya dikembalikan ke laut.  Teknik operasi dan pasca operasi bervariasi setiap perusahaan mutiara.  Secara amnya, 


dengan menerapkan teknik-teknik tertentu, kerang mutiara tak akan ”menendang” keluar inti yang diletakkan dan boleh menghasilkan mutiara bulat yang berkualiti baik. Proses pemilihan kerang untuk penerima/penghasil mutiara juga mempertimbangkan umur kerang dan masa penghasilan semula benihnya.  Apabila kerang dalam masa penghasilan semula benihnya kelenjer kelaminnya akan penuh, sehingga dianggap tidak sesuai untuk diletakkan inti.